Home » Langit Terbuka » Filem ada unsur LGBTQ, Islamofobia tak akan diluluskan

Filem ada unsur LGBTQ, Islamofobia tak akan diluluskan

Kredit Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah meratifikasi sebarang konvensyen antarabangsa berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mengiktiraf gaya hidup kumpulan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan bagi filem yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat.

Katanya, mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup seumpama itu selepas ditapis tidak akan diluluskan tayangan di negara ini.

“Begitu juga filem-filem mengandungi elemen komunisme, Islamofobia, bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa Lembaga Penapisan Filem (LPF) bersikap terbuka dalam memberi khidmat nasihat bagi membantu semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan menteri mengenai pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem (LPF), di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin berkata, LPF sering dianggap sebagai gunting tajam yang menyekat kreativiti penggiat filem tempatan.

Namun katanya, LPF juga perlu mengimbangi dan mempertahankan nilai-nilai yang menjadi pegangan kepada masyarakat tempatan.

“Dalam menjalankan tugas mengimbangi inilah, LPF memberi jaminan bahawa sifat fleksibiliti kita adalah untuk menggalakkan dan merangsang pertumbuhan industri filem tempatan.

“Pada masa sama, tata kelola dan peraturan dan undang-undang sedia ada juga harus dilaksanakan ” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya mengutip sebanyak RM10.5 juta daripada penapisan filem.

Katanya, tahun lalu LPF menerima 11,430 permohonan untuk tapisan filem.

“Setiap tapisan dikenakan caj dan KDN mengutip RM10.5 juta apabila kerja tapisan filem dibuat,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *