Home » Langit Terbuka » Gelombang bulan mulia

Gelombang bulan mulia

HUSSAMUDDIN menunjukkan buku Interaksi Dengan Al-Quran pada sidang media Program #QuranHour. Foto HARIAN METRO

SHAH ALAM :  Kempen World #QuranHour tahun ini akan diadakan pada 22 Ramadan atau 7 Jun bagi meraikan sejarah kitab suci al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaakub berkata, ketika Ramadan, umat Islam akan lebih dekat dengan kitab suci, justeru, kempen World #QuranHour ingin mengambil kesempatan terhadap gelombang berkenaan.

“Sebelum ini kita adakan pada 9 Zulhijah iaitu hari wukuf di Arafah tetapi tahun ini kita buat sedikit kelainan kerana ingin menumpang gelombang bulan mulia.

“Dalam tempoh satu jam (11 pagi hingga 12 tengah hari), kita mahu umat Islam berinteraksi iaitu bukan sahaja membawa tetapi memahami agama menerusi al-Quran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang mengadakan Ride for #QuranHour sebagai tanda simbolik sokongan terhadap kempen yang memasuki tahun ke-tiga itu.

Katanya, dua kempen #QuranHour sebelum ini adalah ‘Walk for #QuranHour’ dan ‘Climb for #QuranHour’.

“Kita menjangkakan lebih 1,000 motosikal menyertai kempen berkenaan yang akan bermula di Putrajaya dan berakhir di pejabat Kumpulan Media Karangkraf.

“Antara intipati program yang dirancang adalah singgah di 10 buah masjid sepanjang jalan untuk menyerahkan al-Quran selain menyampaikan mesej #QuranHour,” katanya.

Hussamuddin berkata, tema World #QuranHour tahun ini adalah Panduan Pembentukan Umat Berakhlak Mulia melalui surah Al Hujurat iaitu dengan menekankan kebaikan surah Al Hujurat yang dianggap sesuai dengan kesan yang dialami negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Katanya, melalui surah Al Hujurat, ia secara keseluruhannya bercerita mengenai untuk mencapai akhlak mulia dengan seseorang individu sebaliknya rujuk kepada al-Quran.

“Kesan daripada amalan surah Al Hujurat juga akan membentuk akhlak yang bagus iaitu seseorang itu tidak akan mudah menghina atau merendahkan orang lain walaupun terdapat kelemahan pada individu terbabit, sebaliknya melihat kelemahan yang ada pada diri,” katanya.

World #QuranHour perdana akan bermula jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *