Home » Langit Terbuka » Google, Facebook patut dikenakan cukai

Google, Facebook patut dikenakan cukai

PUTRAJAYA  -Cukai patut dikenakan keatas syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google dan Facebook (FB) dengan mengambil kira jana pendapatan menerusi platfrom pengiklanan digital di Malaysia.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, mengikut prinsip keadilan cukai patut dikenakan keatas syarikat ini,namun mekanisme pelaksanaannya perlu diperhalusi dan dikaji dengan sebaik-baiknya sebelum dilaksanakan.

“Pelbagai perkara perlu diperhalusi termasuk dari segi perundangan dan mekanisme pelaksanaan supaya ia tidak mendatangkan kerugian pula kepada Malaysia kerana ada negara yang ingin mengenakan cukai terhadap syarikat berkenaan sehingga membawa kes ke mahkamah tetapi akhirnya kalah kerana tiada justifikasi yang kuat.

“Disebabkan itu perlu ada mekanisme dan perundangan yang benar-benar kukuh dan dikaji sedalam-dalamnya. Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan tetapinsaya jangka bukan dalam masa terdekat kerana kajiannya bakal mengambil masa yang lama disebabkan ada banyak isu teknikal perlu diselesaikan.

“Perkara berkaitan cukai sekarang ini kita merujuk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Pada waktu itu, tiada lagi perniagaan yang dibuat menerusi internet, konsep digital, atas talian atau media sosial. Jadi, mesti berlaku perubahan terutama dari segi teknikal dan pelaksanaannya, disebabkan itu ia bakal mengambil masa lama,” katanya.

Beliau mengulas lagi cadangan supaya cukai dikenakan terhadap syarikat teknologi gergasi dan media seperti Google dan Facebook (FB) yang mana kedua-dua syarikat berkenaan dikatakan mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.

Terdahulu,cadangan berkenaan dikemukan pada sesi Luncheon Talk antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, kelmarin.

Ahmad Zahid ketika memberi maklum balas berhubung cadangan itu memaklumkan beliau akan membawa perkara berkenaan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam. – ISMAWEB

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *