Home » Langit Terbuka » Guan Eng patut malu tidak faham Perlembagaan

Guan Eng patut malu tidak faham Perlembagaan

RAUB 17 Jan. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas kerana didakwa tidak memahami Perlembagaan Persekutuan berbanding seorang remaja berusia 13 tahun yang dilihat lebih arif dalam perkara itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (gambar)berkata, sebagai wakil rakyat, Guan Eng seharusnya malu apabila remaja terbabit, Ahmad Ali Abdul Karim, 13, lebih peka dengan Perlembagaan Persekutuan sehingga membuat laporan polis terhadap kenyataan mengelirukan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Kalau ada yang mengatakan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah sesuatu yang amat dangkal dan saya rasa tidak perlu untuk membidas Guan Eng, cukuplah saudara Ahmad Ali berumur 13 tahun yang memahami Perlembagaan Persekutuan.

“Saya ucapkan syabas kepada saudara Ahmad Ali kerana seawal usia 13 tahun pun, dia amat memahami intipati Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra dan penerangan mengenai isu semasa di Dewan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub di sini hari ini.

Akhbar hari ini menyiarkan berita mengenai tindakan Ahmad Ali membuat laporan polis terhadap Guan Eng berhubung kenyataan pemimpin itu berkenaan RUU 355 yang dimuat naik ke laman blognya, dua bulan lalu.

– https://www.utusan.com.my/

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *