Home » Langit Terbuka » Hal ehwal kepentingan, hak Islam perlu diutama: Pas

Hal ehwal kepentingan, hak Islam perlu diutama: Pas

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM – Pas memerhati dengan serius perkembangan politik semasa selepas PRU14 dalam tempoh pembentukan kabinet kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam perkembangan sekarang ini, perkara utama yang mesti dijaga adalah perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam fasa peralihan kuasa.

“Selain itu, Pas memandang serius hal ehwal kepentingan Islam dan hak umat Islam yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan yang baru dilantik, selari dengan majoriti penduduk Malaysia dari kalangan Melayu Islam,” katanya.

Perkembangan terbaharu pembentukan kerajaan pasca PRU14 menyaksikan beberapa negeri telah menjalankan urusan pentadbirang masing-masing, dan  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga hari ini telah memasuki pejabat.

Pakatan Harapan kini mentadbir kerajaan selepas berjaya menumbangkan kerajaan  BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU14, Rabu lalu. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *