Home » Langit Terbuka » Haram, berdosa sebar berita tanpa usul periksa

Haram, berdosa sebar berita tanpa usul periksa

Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim

SHAH ALAM 6 Feb. – Amalan menyiasat kebenaran sesuatu berita yang disampaikan sememangnya telah ditekankan dalam al-Quran.

Pensyarah Fiqh Semasa, Pusat Fiqh Kontemporari, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, haram dan berdosa jika seseorang itu menyebarkan atau menerima sebarang berita palsu tanpa sebarang usul periksa.

“ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. Malah, dalam al-Quran juga ada disebut fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan.

“Apabila kita membuat fitnah menerusi laman sosial, ia akan memberi impak negatif kepada penama malah keturunan penama.

“Sebab itu kita perlu berhati-hati kerana fitnah ini kesannya sangat buruk dan hukumnya haram dan berdosa kepada penyebar atau menerima bulat-bulat tanpa usul periksa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Izhar berkata, langkah yang bakal dilaksanakan kerajaan itu amat baik kerana mengikut kaedah fiqh iaitu menutup ruang kemudaratan dan keburukan kepada khalayak. SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *