Home » Citra Yadim » Hari Terbuka YADIM setiap 6 bulan

Hari Terbuka YADIM setiap 6 bulan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Hari Terbuka YADIM setiap enam bulan, kata Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan.

“Penganjuran program tersebut adalah salah satu usaha merakyatkan YADIM serta inisiatif mendekatkan badan dakwah ini dengan masyarakat.

“Negeri Kedah akan menjadi lokasi seterusnya program tersebut,” ujar beliau.

Ustaz Nasrudin berkata demikian pada majlis perasmian Hari Terbuka di Dewan Jubli Perak dan Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di sini pada 25 September.

Hari Terbuka YADIM dirasmikan pembukaannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, pihaknya juga kini dalam proses membuka pejabat YADIM di seluruh negara.

“Dahulu kita ada pejabat di zon zon seluruh negara, contohnya Utara, Selatan dan Timur, kini kita mahu buka di setiap negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *