Home » Langit Terbuka » Henti kongsi video ajaran Si Hulk, jangan bantu promosi ideologi sesat

Henti kongsi video ajaran Si Hulk, jangan bantu promosi ideologi sesat

Foto- Samudera.my

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia diminta untuk menghentikan penyebaran video-video ajaran sesat Si Hulk di media sosial bagi membantu menghentikan ideologi sesat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan undang-undang boleh juga dikenakan kepada mereka yang menyebarkan kandungan bersifat mengancam di media sosial.

“Saya mendapat makluman dan pertanyaan ramai tentang video-video ajaran sesat Si Hulk yang terus dikongsikan di media sosial.

“Saya mahu mengingatkan rakyat bahawa sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Diharapkan masyarakat tidak panik dan tidak membantu usaha Pengikut Ajaran Si Hulk menyebarkan fahaman mereka,” katanya dalam satu hantaran video di Facebooknya.

Oleh itu katanya video ajaran sesat tersebut perlu dihentikan dengan apa niat sekalipun dan ia merupakan tanggungjawab bersama dalam menyekat agenda manipulasi masyarakat Islam.

Menurut Mohd Na’im pengikut-pengikut ajaran sesat Si Hulk kini dilaporkan berada di New Zealand setelah ajaran berkenaan difatwakan sesat oleh Negeri Johor.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau ajaran tersebut dgn kerjasama Badan Islam seperti FIANZ di New Zealand dan akan mengambil tindakan sewajarnya. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *