Home » Langit Terbuka » Hijab adalah pilihan saya, cara saya nyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan – Mizz Nina

Hijab adalah pilihan saya, cara saya nyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan – Mizz Nina

Mizz Nina antara selebriti Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap Hari Hijab Sedunia.

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Sempena Hari Hijab Sedunia, Mizz Nina antara selebriti yang tidak ketinggalan menyatakan sokongan beliau terhadap kempen ini menerusi akaun media sosial, Instagram hari ini.

Menurut Mizz Nina, 2018 merupakan tahun kelima beliau mengenakan hijab malah bersyukur dengan perubahan positif dirinya sebagai wanita Islam bertudung.

“Saya ingin menyatakan tanda cinta dan sokongan saya kepada semua wanita di seluruh dunia yang berjuang setiap hari untuk mencari kasih sayang Tuhan dan berbangga dengan identiti mereka sebagai Muslim seperti saya juga.

“Hijab adalah pilihan saya, cara saya menyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan, pemakaian saya yang melindungi saya dan orang tersayang saya dari bahaya, seolah saya berjalan yakin dengan kecantikan yang sederhana ini sebagai mahkhota, tulus dari hati dan hanya untuk Tuhan yang Esa,” luah Mizz Nina menerusi akaun Instagram beliau.

Netizen turut memuji keberanian Mizz Nina malah mendoakan selebriti ini akan terus konsisten dalam mengenakan hijab sebagai identitinya.

Hari Hijab Sedunia merupakan satu inisiatif bagi membanteras pandangan negatif dan diskriminasi terhadap wanita Islam bertudung di seluruh dunia. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *