Home » Langit Terbuka » Hijab, hadiah untuk ayah – Norish Karman

Hijab, hadiah untuk ayah – Norish Karman

Norish Karman jelita mengenakan hijab.

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tampil dengan imej berhijab, pelakon, Norish Karman menganggap keputusannya itu sebagai hadiah kepada ayahnya, Karman Sukarjo sempena ulang tahun kelahiran bapanya itu.

Norish menerusi laman sosial, Instagram memberitahu, imej tersebut bukan didorong oleh sebarang rancangan untuk menjual tudung atau melakukan promosi sebaliknya dia telah menemui kekuatan untuk tampil berhijab.

“Doakan saya supaya terus istiqamah. Saya tidak memakai tudung kerana bermimpikan tentang kematian atau ingin menjual tudung mahupun untuk promosi. Ini adalah demi Allah dan ayah sempena ulang tahun kelahirannya.

“Sudah lama ayah menyuruh kami adik-beradik memakai tudung tetapi saya belum bersedia dan degil. Kini dalam serba kekurangan, saya tak mampu beri apa-apa jadi inilah hadiah saya sebagai anak perempuan kepadanya.

“Pesan saya untuk diri sendiri dan semua, carilah diri sendiri dan kenali diri. Saya juga sedang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Pedulikan apa orang nak kata,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *