Home » Langit Terbuka » Himpunan untuk Rohingya dapat perhatian OIC

Himpunan untuk Rohingya dapat perhatian OIC

ISKANDAR PUTERI 6 Dis. – Kekuatan suara rakyat Malaysia pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad lepas berjaya menarik tumpuan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata  Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata susulan daripada perhimpunan itu, OIC akan mengadakan mesyuarat peringkat Menteri Luar dalam tempoh terdekat bagi membincangkan khusus isu penindasan Rohingya.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan berurusan dengan Sekretariat OIC mengenai mesyuarat itu yang diadakan bagi memastikan isu Rohingya dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

“Perhimpunan yang kita adakan Ahad lalu didengari OIC dan mereka akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan apa yang menimpa etnik Rohingya,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di EduCity di sini, hari ini.

Perhimpunan itu, yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengumpulkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara sebagai tanda solidariti bagi menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *