Home » Langit Terbuka » Hukum Pengambilan Vaksin Harus

Hukum Pengambilan Vaksin Harus

Pejabat Mufti WSilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin itu. - Foto Food Busines News

PUTRAJAYA – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.

Menurut kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Haji Abdullah, PMWP menzahirkan sokongan sepenuhnya pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijangka bermula penghujung Februari ini.

“Dari aspek kepenggunaan pula, katanya hukum harus itu turut diputuskan selepas mengambil kira pendirian tegas  kerajaan bahawa hanya vaksin yang telah dikenal pasti statusnya sebagai halal dan tayyiban sahaja yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini,” dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, keputusan tersebut diperoleh dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada Khamis lepas susulan timbulnya kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai pengambilan vaksin tersebut.

Dalam masa yang sama, PMWP menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin itu.

“Keputusan dibuat setelah melalui pelbagai proses perbincangan bersama pihak berautoriti dalam bidang masing-masing.

“Ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan memastikan Malaysia berjaya mengharungi krisis COVID-19 dengan lebih efisien,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Luqman mengajak umat Islam untuk menjadikan fatwa yang ditetapkan sebagai rujukan utama khususnya bagi mendukung usaha pemimpin negara untuk memerangi pandemik ini dengan lebih berkesan.—AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *