Home » Langit Terbuka » Ibu sarat mengandung sembilan bulan peserta MTHQK

Ibu sarat mengandung sembilan bulan peserta MTHQK

IBU sarat mengandung sembilan bulan, Siti Aishah Md. Arif, 26, bersama suaminya, Badzrie Jalil, 26 merupakan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan yang memperdengarkan bacaan malam ini. - UTUSAN

PUTRAJAYA 2 April – Walaupun dijangka melahirkan anak sulung pada Ahad ini, perkara itu tidak melunturkan semangat seorang Qariah untuk memperdengarkan bacaan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018 pada hari ini.

Menurut Siti Aishah Md. Arif, 26, yang mewakili Perlis, semangat untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran tidak pernah lemah walaupun sejak kebelakangan ini mengalami alahan mengandung yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital pada minggu lalu.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku penganjur MTHQK telah menyediakan pasukan perubatan di belakang pentas sebagai langkah persediaan atas mungkin berlaku ketika beliau memperdengarkan bacaan.

“Sebuah ambulan juga disediakan untuk membawa saya ke hospital pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN

 

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *