Home » Citra Yadim » Imarahkan masjid – Tengku Abdullah

Imarahkan masjid – Tengku Abdullah

PEKAN 19 Mac – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah sempena Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Jelajah Masjid Berbasikal peringkat negeri di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj di sini hari ini.

Baginda menzahirkan perasan bangga kerana program berkenaan berjaya melakar sejarah dengan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) berikutan penyertaan terbanyak iaitu seramai 5,707 bagi Jelajah Masjid Berbasikal.

“Saya harap program jelajah masjid ini diteruskan dan kempen solat Subuh berjemaah dijadikan budaya dan amalan dalam kalangan umat Islam terutama pemimpin setempat.

“Usaha mengimarahkan masjid seharusnya menjadi tanggungjawab semua pihak agar matlamat dan objektif penubuhannya tercapai,” titah baginda ketika merasmikan program tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr. Yusri Mohamad dan Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Dr. Shamsuri Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *