Menurutnya, Indeks Syariah Malaysia merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu pertama, menilai keseriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program kerajaan.

Kedua, kata beliau, mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan supaya rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat hasil daripada penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam.

Menurutnya, sebanyak lapan bidang utama akan diukur menggunakan Indeks Syariah Malaysia untuk peringkat permulaan ini.

Jelasnya, lapan bidang utama itu adalah perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, infrastruktur dan alam sekitar serta sosial.