Home » Langit Terbuka » India henti operasi tentera di Kashmir, hormati Ramadhan

India henti operasi tentera di Kashmir, hormati Ramadhan

Tentera India melakukan rondaan di jalan berhampiran lokasi pertempuran antara tentera India dan suspek militan di Srinagar pada 5 Mei 2018. -AGENSI

NEW DELHI 16 Mei – Operasi ketenteraan India menentang pemberontak di wilayah pertikaian Kashmir dihentikan buat sementara waktu bermula hari ini bagi menghormati bulan Ramadhan iaitu bulan suci umat Islam.

Penangguhan selama 30 hari itu adalah julung kali dilaksanakan di Kashmir yang dikuasai India selama hampir dua dekad, turut menyaksikan peningkatan kezaliman dalam beberapa bulan kebelakangan ini di wilayah majoriti penduduk beragama Islam itu.

India mempunyai sebanyak 500,000 tentera di Kashmir, wilayah yang memisahkan antara India dan Pakistan tetapi dituntut oleh kedua-dua negara itu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Rajnath Singh berkata, penangguhan itu adalah bertujuan supaya bulan Ramadhan boleh diraikan dengan aman damai.

Keputusan tersebut bermaksud tentera India akan menghentikan usaha mencari militan selain pencarian dari rumah ke rumah, tetapu mereka akan tetap bertindak balas jika diserang, kata pegawai. -AFP

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *