Home » Langit Terbuka » Indonesia tahan 4 rakyat Malaysia jual buku Manifesto Komunis

Indonesia tahan 4 rakyat Malaysia jual buku Manifesto Komunis

JAKARTA 3 Okt. – Polis Indonesia menahan empat warga Malaysia kerana menjual buku Manifesto Komunis karya Karl Marx dan Friedrich Engels pada pame­ran buku yang berlangsung di Jakarta Convention Centre, kelmarin.

Jurucakap siasatan jenayah Tanah Abang, Muztakim berkata, mereka yang ditahan adalah Zulfikri Zamir Mohammad Munir, 31; Sakri Abdullah, 51; M. Rozla Muhammed Noor, 46; dan Khai­rul Nizam Muhammad Yunis, 45.

Polis turut merampas enam salinan buku Manifesto Komunis semasa serbuan itu.

“Penerbit dan penjual yang ber­ada semasa pameran itu adalah rakyat Malaysia,” kata Mustakim sebagaimana dilaporkan Jakarta Post.

Mustakim berkata, kesemua individu itu tidak akan didakwa, namun polis akan membawa mereka ke ibu pejabat polis Jakarta untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Jakarta, Awi Setiyono berkata, semasa ditahan, kesemua individu itu mengaku bahawa mereka tidak mengetahui sekiranya buku tersebut tidak boleh dijual di negara ini.

“Mereka mengaku tidak tahu bahawa kalau berkait dengan tukul dan sabit adalah perkara yang sensitif di Indonesia,” kata Awi.

– https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Penyampaian Rehal Al-Quran Oleh YADIM Kelantan

KOTA BHARU – YADIM Negeri Kelantan meneruskan usaha memperkukuh jalinan ukhuwah bersama institusi masjid menerusi Majlis Jalinan Kasih: Penyampaian Rehal al-Quran yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *