Home » Langit Terbuka » Ini Respon Farah Nabilah Bila Netizen Pertikai Tidak Bertudung Lepas Buat Umrah

Ini Respon Farah Nabilah Bila Netizen Pertikai Tidak Bertudung Lepas Buat Umrah

FARAH: "Apa saya buat selepas saya balik daripada umrah, imej saya dan hidayah, itu semua rahsia Allah. Kita semua tidak tahu."

PELAKON Farah Nabilah mengharapkan peminatnya tidak sewenang-wenangnya menilai imej atau pilihannya untuk tidak bertudung selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.

Kata Farah, dia enggan hipokrit sebaliknya tahu setiap tindakannya atau keputusannya untuk berubah daripada segi imej atau sebagainya.

“Biasalah, apabila lihat artis mengerjakan umrah mesti akan ingat apabila pulang semula ke tanah air akan berubah 360 darjah menjadi individu lain.

“Apa saya buat selepas saya balik daripada umrah, imej saya dan hidayah, itu semua rahsia Allah. Kita semua tidak tahu.

“Saya harapkan peminat menyokong saya bukannya menghakimi saya.

“Tidak semestinya orang tidak bertudung itu jahat dan orang bertudung semuanya baik. Kalau kita betul-betul baik, kita tidak akan menilai orang pun. Lebih baik muhasabah diri,” katanya kepada Astro Gempak.

Farah ditemui pada majlis pengumuman Top 20, Anugerah MeleTOP Era (AME2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *