Home » Citra Yadim » Is’ad Al Usrah bantu ibu tunggal enam anak di Kapar

Is’ad Al Usrah bantu ibu tunggal enam anak di Kapar

KLANG – Usaha berdakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus dipelbagaikan kaedahnya bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang sebelum ini mengumumkan pelancaran program MYHaus untuk membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa, YADIM pada 22 Julai akan membantu membaiki kediaman seorang ibu tunggal di Lorong Haji Amin, Kapar di sini.

Dr Zulkifli sendiri akan hadir dan merasmikan program Yadim Peduli: Is’ad Al Usrah dan Sumbangan Keluarga Asnaf ini, yang merupakan siri pertama usaha YADIM membantu golongan sasaran untuk mendiami kediaman yang lebih selesa ini.

Rosmah Osman, 55, adalah ibu tunggal dengan enam anak termasuk seorang orang kelainan upaya penglihatan dan memiliki pendapatan tidak menentu. Prihatin dengan keadaannya, YADIM melaksanakan inisiatif secara bergotong royong bagi membaiki kediamannya.

Antara yang akan dibaiki ialah bumbung, sistem pendawaian elektrik selain melaksanakan kerja kerja pembasmian serangga.

Kaedah bergotong royong dipilih bagi menjimatkan kos, selain dapat memupuk semangat kerjasama antara peserta.

Selain itu, menerusi usaha secara berterusan kelak, anak anak Rosmah juga akan dilibatkan dengan pelbagai program YADIM pada masa akan datang seperti kelas pengajian, kem motivasi dan sebagainya.

Inisiatif YADIM ini akan melibatkan pelbagai entiti di bawahnya seperti Rakan Siswa YADIM, Daie Muda YADIM, pasukan Cuci Cuci, pasukan Sukarelawan Al Rahmah dengan kerjasama badan bukan kerajaan sekitar Kapar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *