Home » Citra Yadim » Is’ad Al Usrah YADIM di Kampung Tanjung Dahan.

Is’ad Al Usrah YADIM di Kampung Tanjung Dahan.

KUALA LINGGI – Bertempat di Kampung Tanjung Dahan di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan program Is’ad Al Usrah dan Musa’adah YADIM pada 19 dan 20 Disember ini.

Program yang akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ini, akan menyantuni seorang nelayan di sini yang kediamannya telah uzur dan memerlukan pembaikan segera, terutamanya di bahagian dapur.

Beliau turut terkesan dengan musibah Covid-19. Lebih malang lagi, bapa kepada empat anak ini tidak dapat turun ke laut kerana enjin botnya telah rosak.

Menerusi inisiatif Is’ad Al Usrah, YADIM akan membaiki bahagian dapur rumah beliau selain menyampaikan beberapa lagi bantuan.

Selain itu, YADIM dengan  badan bukan kerajaan MyFundAction  juga akan menyampaikan sebanyak 117  sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf yang dikenal pasti di negeri ini.

Sumbangan tersebut akan dilaksanakan di Hospital Melaka dan Projek Perumahan Rakyat Tehel, Jasin.

Dijadualkan hadir sama ke majlis ini ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Program dua hari YADIM ini juga diadakan dengan kerjasama Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan, Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Pengkalan Kampung Tanjung Dahan dan Masjid An Nur Al Alam, Kampung Tanjung Dahan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *