Home » Langit Terbuka » Islam dijangka jadi agama kedua terbesar di AS

Islam dijangka jadi agama kedua terbesar di AS

WASHINGTON 11 Jan. – Populasi penganut beragama Islam yang semakin bertambah di Amerika Syarikat (AS) dijangka menggantikan Yahudi sebagai agama kedua terbesar di negara berkenaan pada 2040.

Data penyelidikan agensi Pew Research mendapati populasi Muslim bertambah dalam kadar besar iaitu  3.45 juta pada 2017 dan dijangka mencapai 8.1 juta pada 2050.

Laporan CNN mengatakan pertambahan yang pesat tersebut disebabkan oleh imigrasi dan lebih separuh dari jumlah populasi penganut beragama Islam hari ini adalah imigran.

Bagaimanapun, penganut agama Islam di AS dijangka tetap berada di belakang jumlah penganut agama Kristian yang dijangka melepas 252 juta pada 2020, 70 kali ganda lebih banyak dari jangkaan penganut agama Islam pada tahun sama.

Ini bermakna penganut agama Islam tetap tergolong dalam kelompok kecil populasi AS iaitu 2.1 peratus.

Kesemua data juga mengambil kira faktor mereka yang tidak menganuti mana-mana agama dan golongan ini juga dijangka bertambah lebih banyak dari jumlah penganut agama Islam dalam masa beberapa dekad akan datang.

Misalnya, rakyat AS yang tidak menganuti mana-mana agama dijangka mencapai jumlah 62 juta pada 2020.

Golongan tersebut dijangka mencapai 100 juta pada 2050.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *