Home » Langit Terbuka » Isr@el tiada hak dan kuasa ke atas Baitulmaqdis

Isr@el tiada hak dan kuasa ke atas Baitulmaqdis

Palestin mengesahkan bahawa pihaknya akan meneruskan semua langkah undang-undang, diplomatik dan politik yang ada bagi memastikan Baitulmaqdis serta statusnya dilindungi. - Foto Law For Palestine

BAITULMAQDIS – Palestin sekali lagi menegaskan, menghormati status istimewa Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada hak rakyat negara ini yang diiktiraf secara universal.

Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin memberitahu, pendirian masyarakat antarabangsa mengenai Baitulmaqdis adalah jelas dan negara haram Isr@el tidak boleh membuat tuntutan ke atasnya.

“Isr@el juga tidak mempunyai kuasa dan hak untuk terlibat dalam hubungan diplomatik atau menjemput negara-negara luar antarabangsa membuka pejabat diplomatik di kawasan bandar berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Sejak 1947, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB secara muktamad, menetapkan status undang-undang antarabangsa Baitulmaqdis adalah hak milik Palestin dan menjadi kewajipan untuk menegakkan status berkenaan.

Malah, tidak membenarkan memindahkan atau membuka mana-mana pejabat diplomatik dan kedutaan di Baitulmaqdis.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga menegaskan, negara haram Isr@el hanya mempunyai kuasa pendudukan namun tidak bagi kuasa ke atas kawasan tapak suci tersebut.

“Kehadiran Isr@el sebagai kuasa kependudukan adalah fakta undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan ke atas semua negara terutamanya anggota tetap Majlis Keselamatan namun mereka tidak mempunyai kuasa ke atas tapak berkenaan.

“Oleh itu, membuka kedutaan di Baitulmaqdis atau menubuhkan misi atas dasar hubungan diplomatik dengan Isr@el, di mana-mana bahagian Baitulmaqdis adalah pengiktirafan de facto terhadap tindakan Isr@el yang berterusan dan menyalahi undang-undang,” tambahnya.

Malah, membuka kedutaan di Baitulmaqdis adalah seperti tindakan bersubahat dengan Isr@el ke atas bandar itu dan cubaan mencabul kedaulatan ke atas tapak suci.

Justeru, Palestin mengesahkan bahawa pihaknya akan meneruskan semua langkah undang-undang, diplomatik dan politik yang ada bagi memastikan Baitulmaqdis serta statusnya dilindungi. – Agensi

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *