Home » Langit Terbuka » Istiqamah, konsisten beri sokongan kepada Palestin

Istiqamah, konsisten beri sokongan kepada Palestin

Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin baru-baru ini. - Foto YADIM

SHAH ALAM – Terdapat tanda-tanda positif di mana gelombang kesedaran perjuangan di Palestin mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia dan tidak ketinggalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, gelombang yang berlaku di seluruh dunia ini turut menarik perhatian orang bukan Islam.

“Sering kita mendengar perkataan istiqamah diucapkan dengan niat agar apa yang kita lakukan dapat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.

“Rakyat Malaysia perlu istiqamah dan konsisten dalam tindakan secara berterusan serta tidak berhenti separuh jalan dalam menyokong penduduk Palestin.

“Penduduk Palestin yang kini menjadi mangsa kezaliman tentera Israel memerlukan bantuan berterusan dan sikap peduli dengan nasib mereka, rakyat Palestin sangat memerlukan perhatian,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat itu berkata, ancaman musuh Islam akan sentiasa ada pada sepanjang zaman maka menjadi tanggungjawab negara dan rakyat untuk sentiasa bersedia.

Mengambil iktibar daripada pergolakan berlaku di Palestin, beliau berkata, demokrasi tidak boleh disalahgunakan sehingga membuka peluang kepada misi Zionis untuk mengetepikan kedaulatan raja, keluhuran perlembagaan dan keistimewaan agama Islam.

Menurutnya, perbezaan dan perdebatan politik dalam negara juga hendaklah tidak menjadi modal perpecahan dalam kepimpinan negara sehingga memberi laluan kepada kuasa asing.

“Kita menolak peperangan dan sentiasa mempertahankan kedamaian di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita mampu mengekalkan keamanan dan kesuburan ekonomi dengan perkongsian yang sihat di bawah semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Perjanjian Malaysia dan semangat Malaysia Madani,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *