Home » Citra Yadim » Isu Baitulmuqaddis bukti keangkuhan Amerika Syarikat

Isu Baitulmuqaddis bukti keangkuhan Amerika Syarikat

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad berkata tindakan Amerika Syarikat menyokong kekejaman Israel adalah bukti kepada kesombongan dan keangkuhan kuasa besar itu.

“Kita juga menyaksikan betapa sombongnya Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang menyokong Palestin sehingga mengugut negara berkenaan (untuk memotong bantuan kewangan). Mereka telah meletakkan tekanan terhadap kedaulatan negara-negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Dunia telah menyaksikan kesombongan itu sejak 70 tahun lalu dan ia sememangnya tidak boleh diterima,’’ katanya katanya ketika menjadi salah seorang ahli panel pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra di sini pada Jumaat.

Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al-Agha berkata, Palestin tidak akan menyerahkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya terutama dengan adanya sokongan daripada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, sokongan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan suntikan motivasi kepada Palestin.

“Himpunan ini adalah satu detik penting untuk Malaysia dan Palestin dan saya berharap suatu hari nanti rakyat di sini akan dapat pergi ke sana untuk bersolat tanpa gangguan Israel,’’ katanya.

Seorang lagi ahli panel,  Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, tiga kumpulan solidariti yang terlibat dalam himpunan itu telah memberikan satu mesej jelas kepada dunia bahawa masyarakat antarabangsa amat-amat menentang pengiktirafan Amerika Syarikat bahawa Baitulmuqaddis adalah ibu negara Israel.

Beliau berkata, masyarakat Islam harus mengetepikan sebarang perbezaan dan bersatu untuk sama-sama mempertahankan Baitulmuqaddis sebagai kota suci ketiga umat Islam.

“Adalah sangat memalukan dan menyedihkan apabila persaudaraan sesama Islam tidak lagi sekuat dahulu sehinggakan musuh Islam dengan mudah merampas hak kita,’’ katanya.

Muhammad Faiz berkata, pemimpin-pemimpin agama di serata dunia juga telah menyatakan solidariti terhadap Palestin, selain solidariti berasaskan aspek kemanusiaan sejagat menentang penindasan rejim Zionis.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *