Home » Langit Terbuka » Isu murtad: YADIM gerak jentera bersama 280 NGO Islam

Isu murtad: YADIM gerak jentera bersama 280 NGO Islam

YADIM sedia menggerakkan 280 rakan badan bukan kerajaan bersamanya dalam usaha menangani isu akidah. - Foto YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan isu akidah umat Islam tidak diperkotak-katikkan pihak tertentu.

Menurut kenyataan Bahagian Media dan Teknologi Dakwah Yadim di sini pada 21 Februari, selaku badan dakwah, ia sedia melaksanakan pelbagai langkah agar isu itu difahami masyarakat sebaiknya.

 “YADIM akan menggerakkan jentera dalaman di peringkat pusat dan negeri bagi mempergiatkan usaha berkenaan dan YADIM memainkan peranan penting dalam isu akidah,” kata kenyataan itu.

Gerakan itu  akan diperkasakan dengan penglibatan  badan bukan kerajaan (NGO) Islam terutama 280 organisasi bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

 Jelas kenyataan itu, sememangnya tindakan undang-undang serta penguatkuasaan amat penting, namun aspek pendidikan, kesedaran dan keprihatinan juga perlu dititik berat. 

Justeru, YADIM menyambut baik ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu murtad yang tular ketika ini.

 Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan akan segera menggubal Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam demi memelihara akidah Muslim di Wilayah Persekutuan.

 Kenyataan YADIM susulan tindakan seorang lelaki India bukan Islam di Johor yang mendakwa telah berjaya memurtadkan Muslimah.

 Susulan pengakuan individu berusia 29 tahun menerusi media sosial, polis menyerbu rumah individu berkenaan  di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

 Bagaimanapun, lelaki tersebut sudah  melarikan diri dan kes berkenaan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *