Home » Langit Terbuka » Isu Syiah: Mufti Melaka berpuas hati

Isu Syiah: Mufti Melaka berpuas hati

Datuk Abdul Halim Tawil

BANDARAYA MELAKA – Pejabat Mufti Melaka puas hati dengan keterangan serta penjelasan Ketua Menteri, Adly Zahari, berkaitan dakwaan beliau merupakan seorang pengikut Syiah.

Mufti, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, mengikut penjelasan yang diberikan, gambar yang ditularkan di laman sosial bagi menguatkan dakwaan sesetengah pihak itu telah diambil sewaktu beliau melawat beberapa negara Asia Barat, termasuk Iraq, beberapa tahun lalu.

Selain itu, katanya, kata-kata hikmah yang dikongsi Adly di laman sosial merupakan kata-kata yang mempunyai mesej dan makna baik bagi dijadikan motivasi.

Menurutnya, Ketua Menteri turut menegaskan beliau berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpandukan al-Quran, hadith, ijmakb dan qiyas.

“Beliau turut menegaskan berpegang pada prinsip aqidah al-Asyairiyah dan al-Mathuridiyyah, fiqh Syafi’eyah dan tasawuf akhlak imam Al-Ghazali,” katanya di sini.

Sehubungan itu, Abdul Halim menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara di media sosial dan elektronik atau pengucapan awan supaya apa yang disampaikan tidak menimbulkan kontroversi serta menjadi polemik masyarakat.

“Pada masa sama, kita hendaklah sentiasa bertabayyun dalam semua perkara sebelum kita menyebarkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan pasti,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Halim turut meminta semua pihak menerima keputusan PRU14 secara terbuka dan berlapang dada.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memberikan kepercayaan dan ketaatan kepada ulil amri (pemerintah) yang dipilih oleh majoriti.

“Harapan kita semoga kerajaan negeri dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat untuk mengurus dan mentadbir dengan lebih cekap, telus serta berintegriti ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *