Home » Citra Yadim » JAIS dan YADIM lawatan tapak di INSPES

JAIS dan YADIM lawatan tapak di INSPES

PADA 13 Februari, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan YADIM telah mengadakan mesyuarat dan lawatan tapak ke Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSPES), Sabak Bernam.
Ia bagi meninjau lokasi penganjuran Mukhayyam Kepimpinan Badar 2025 yangdirancang untuk diadakan pada 13 hingga 15 Mac di lokasi tersebut.
Lawatan dimulakan dengan mesyuarat bersama Pegawai Hal Ehwal Islam INSPES, Ustaz Muhammad Zubair Samsidi dan Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS, Haji Muhamad Asmadi Mustakim.
Keduanya menyampaikan harapan dan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program yang dijangka memberi impak positif kepada pembangunan kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Sesi perbincangan gerak kerja seterusnya diteruskan oleh Cik Nathrah Mohammed Said, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM merangkap Ketua Unit Sekolah. Perbincangan tersebut memberi fokus kepada persiapan logistik, pengisian program, serta pembahagian tugas antara pihak yang terlibat untuk memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Selesai mesyuarat, lawatan tapak dijalankan bagi menilai kesediaan tempat dan kemudahan yang ada di INSPEN untuk menyokong kejayaan program ini. Diharapkan dengan kerjasama erat antara Bahagian Pendidikan Islam, JAIS, dan YADIM maka Program Mukhayyam Kepimpinan Badar 2025 dapat terlaksana dengan lancar dan memberi manfaat kepada peserta.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *