Home » Langit Terbuka » JAIS pelawa hantar karya untuk diterbitkan

JAIS pelawa hantar karya untuk diterbitkan

Artikel untuk Jurnal Al Ummah perlu bertemakan pendidikan Islam yang merangkumi isu-isu teras agama iaitu akidah, syariah, akhlah dan pendidikan, kata JAIS. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang berbakat dalam penulisan artikel dipelawa menghantar karya masing-masing ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diterbitkan di dalam Jurnal Al- Ummah.

JAIS dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, penulisan artikel itu perlu bertemakan pendidikan Islam yang merangkumi isu-isu teras agama iaitu akidah, syariah, akhlah dan pendidikan.

“Pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua pihak. Mereka yang berminat boleh menghantar artikel itu sebelum atau pada Jumaat ini.

“Sebarang pertanyaan mengenai penulisan artikel ini boleh dibuat melalui Unit Penapisan dan Media, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS di talian 03-55143798,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *