Home » Langit Terbuka » Jakim diarah kerjasama dengan KPDN ambil tindakan pihak salah guna logo halal

Jakim diarah kerjasama dengan KPDN ambil tindakan pihak salah guna logo halal

Mohd Na'im berkata tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan label logo halal pada produk adalah satu kesalahan yang serius. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.
Mohd Na’im dalam kenyataan hari ini berkata tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan label logo halal pada produk adalah satu kesalahan yang serius.
“JPM (Hal Ehwal Agama) ingin memberikan peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan label logo halal pada mana-mana produk yang dikeluarkan.
“Tindakan menyalahgunakan label logo halal adalah suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya.
Mohd Na’im berkata JPM (Hal Ehwal Agama) turut berasa dukacita dengan kejadian yang berlaku di premis jualan runcit 24 jam di sebuah universiti awam kerana menjual produk ‘ham dan cheese’ yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
“JPM (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan apa-apa isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam.
“Semua pihak dimohon untuk sentiasa merujuk kepada Jakim dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri dalam isu-isu berkaitan halal,” katanya.
Terdahulu, Jakim dalam kenyataan media mengesahkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Datuk Azman Adam KPDN dalam kenyataan media berasingan berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.
Kes disiasat kerana melanggar Perenggan 4(1) Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan menjadi kesalahan di bawah Perenggan 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
— BERNAMA

Artikel Berkaitan

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *