Home » Langit Terbuka » Jakim jumpa Sajat, temui jalan penyelesaian

Jakim jumpa Sajat, temui jalan penyelesaian

Dr Izwan Yusof (kiri) selepas berakhirnya pertemuannya dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat. .Foto : https://media.themalaymailonline.com

SHAH ALAM 16 Jan.  – “Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian,” demikian respons Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof selepas berakhirnya pertemuannya dengan Usahawan Kosmetik Nur Sajat sekitar tiga petang tadi.

Menurut Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim, berkata pertemuan mereka berlangsung harmonis.

“Insya-ALLAH semoga semuanya berjalan lancar dalam masa terdekat,” kongsinya menerusi Facebook miliknya.

Sebelum ini Jakim, menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.

Membalas pelawaan itu kemudiannya, menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Jakim.

Bagaimanapun, Sajat menjelaskan, beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *