Home » Langit Terbuka » Jakim nafi coklat ada ramuan haram

Jakim nafi coklat ada ramuan haram

PUTRAJAYA 21 Mac : Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan coklat Eyeglass With Candy mengandungi ramuan dari sumber haram seperti disebarkan pengguna media sosial.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim menjelaskan adalah tidak benar dan timbul salah faham apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera pada produk itu.

“Coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

“Justeru, jadilah pengguna bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa supaya tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah,” kata kenyataan itu.

Menurut Jakim status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh dilayari menerusi direktori halal www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar MyJakim.-www.hmetro.com.my

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *