Home » Langit Terbuka » Jakim tawar khidmat nasihat percuma sepanjang PKP

Jakim tawar khidmat nasihat percuma sepanjang PKP

Khidmat nasihat JAKIM itu bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin sehingga Jumaat. - Foto Arkib YADIM

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menawarkan khidmat nasihat kekeluargaan, kerohanian dan kemasyarakatan secara percuma menerusi talian MyCareCov-19 kepada mereka yang berdepan masalah itu.

JAKIM dalam satu kenyataan di Facebook berkata, perkhidmatan yang disediakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 sehingga 14 Jun ini menawarkan Kaunseling Syarie, Terapi Psikospiritual Islam dan ‘Ilaj Syarie (rawatan Islam).

Katanya, khidmat nasihat itu juga membabitkan masalah nikah, cerai dan rujuk serta remaja.

“Perkhidmatan bertemakan ‘tangan dihulur, bantuan disalur’ ditawarkan Jakim melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), iaitu KSKCare Centre.

“Tuan atau puan yang memerlukan perkhidmatan ini boleh menghubungi kami menerusi talian, 017-6609760, whatsapp di nombor 0111-9598214, emel ke mycarecov19@islam.gov.my atau mengimbas kod QR di poster berhubung tawaran ini yang dimuatnaik di Facebook JAKIM,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambahnya, waktu perkhidmatan tersebut bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin sehingga Jumaat. – MalaysiaGazette

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *