Home » Langit Terbuka » Jakim tidak berhasrat untuk mengharamkan penggunaan ‘hot dog’

Jakim tidak berhasrat untuk mengharamkan penggunaan ‘hot dog’

KUALA LUMPUR, 20 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berhasrat untuk mengisytiharkan mana-mana makanan yang berasaskan perkataan “dog” sebagai haram.

Katanya, Jakim lebih mementingkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk, sebelum sijil halal boleh dikeluarkan.

Mengulas mengenai satu “posting” di Facebook mengenai Jakim mengisytiharkan ‘hotdog’ sebagai haram, Jamil berkata, perkara tersebut adalah palsu.

“Tidak ada isu Jakim menarik balik sijil halal restoran kerana mereka masih memohon kepada Jakim.

“Kami bukannya masuk ke restoran tanpa sijil halal kemudian terus memberitahu mereka untuk menutup perniagaan mereka,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini.

Jamil berkata, perkara itu menjadi isu panas dengan suatu kenyataan palsu yang viral di media sosial yang cuba untuk meletakkan Jakim sebagai bersalah.

“Ia adalah tidak benar kerana Jakim tidak pernah mengisytiharkan (produk) itu sebagai haram.

“Kemahuan untuk mendapatkan sijil halal adalah secara sukarela dan sesiapa sahaja boleh memohon tetapi ia tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Jamil berkata, Jakim akan mengadakan perbincangan mengenai status permohonan halal Auntie Anne’s.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Halal Jakim, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, permohonan Auntie Anne’s telah gagal kerana kertas kerja yang tidak lengkap.

“Ia adalah satu kenyataan am yang dibuat berdasarkan prosedur dalam permohonan itu,” katanya semalam.

Di bawah Prosedur Manual Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014, pemohon mungkin ditolak sekiranya makanan mereka mengandungi perkataan-perkataan seperti “bacon”, “bir”, “rum”, “ham” dan “bak kut teh”. https://www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *