Home » Langit Terbuka » Janet Jackson tampil bertudung

Janet Jackson tampil bertudung

LONDON 23 Okt. – Penyanyi ter­kenal, Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya hasil perkahwinan dengan bilionair Qatar, Wissam Al Manna buat pertama kali muncul di tempat awam di London dengan imej bertudung.

Janet yang kelihatan ceria dilihat bersiar-siar sambil memegang tangan Wissam dengan pakaian serba hitam.

Tiada lagi pakaian menjolok mata sebaliknya Janet kelihatan santai dengan kepala ditutupi dengan anak tudung dan hud daripada pakaian yang seakan-akan pakaian tradisi Mexico, poncho dan berseluar besar serta memakai stokin dan kasut.

Pasangan itu juga dilihat memasuki butik pakaian bayi dan kemudian makan tengah hari di sebuah restoran makanan sihat.

Menurut laporan portal Mirror, Janet, 50, difahamkan telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan Wissam, 41, pada 2012.

Penyanyi itu pada awalnya enggan mengesahkan khabar angin pada April lalu tentang kehamilannya berikutan keputusan menangguhkan konsert jelajah.

Dia yang kini menjalani kehidupan yang lebih peribadi memberitahu peminatnya bahawa dia dan suami sedang me­rancang kehidupan berkeluarga.

Namun baru-baru ini Janet mengesahkan hamil anak pertama dan Wissam sentiasa memberi sokongan sepanjang kehamilan itu.

Pasangan berkenaan dikatakan bertemu buat pertama kalinya pada 2010 namun merahsiakan hubungan itu sehingga berita perkahwinan mereka tersebar setahun selepas disatukan.

Kedua-duanya mempu­nyai minat yang sama iaitu suka melan­cong namun mereka me­netap di Doha, Qatar. –  https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *