Home » Langit Terbuka » Jangan gunakan sentimen agama secara salah

Jangan gunakan sentimen agama secara salah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, pengenalan konsep Rahmatan Lil Alamin juga tidak bermakna kerajaan mengiktiraf perbuatan mungkar oleh orang Islam atau bagi meringankan hukuman

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf mengingatkan semua pihak, khususnya parti politik agar tidak menggunakan sentimen agama secara salah.

Beliau berkata agama seharusnya bebas dan ia lebih tinggi darjatnya daripada semua perkara lain.

“Agama seharusnya bebas daripada unsur politik, termasuklah khutbah di mimbar masjid. Agama harus bebas daripada semua itu kerana ia lebih tinggi daripada semua,” kata Mujahid pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata penyampaian teks khutbah juga seharusnya menjurus ke arah kebaikan, bukannya melabel pihak lain hanya kerana berbeza pandangan politik.

“Ia (teks khutbah) seharusnya menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada membina negara ini dan lebih penting jauhkan daripada melabel-labelkan kelompok tertentu hanya kerana berbeza pandang politik, apatah lagi menyebarkan fitnah yang tidak betul hanya untuk kepentingan politik.

“Itu sememangnya menjadi nasihat saya sejak dari awal memegang jawatan menteri agar agama tidak di politikkan,” katanya lagi. – FMT

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *