Home » Langit Terbuka » Jangan kaitkan kami dengan kes Indira Gandhi – Izwan

Jangan kaitkan kami dengan kes Indira Gandhi – Izwan

Izwan Abdullahd dan anaknya Nabil, Foto : mStar

SEPANG 2 Feb. – Seorang mualaf, Izwan Abdullah yang pernah menghadapi kes tuntutan penjagaan anak dengan bekas isterinya yang beragama Hindu, S. Deepa meminta orang ramai tidak mengaitkan kesnya dengan kes M. Indira Gandhi.

Dalam satu laporan The Star, beliau berkata, kesnya sudah diselesaikan dengan cara yang baik oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu, dengan mahkamah menetapkan seorang anak diletak di bawah jagaanya dan seorang lagi kepada bekas isteri.

“Kes saya berlainan dengan kes Indira Ghandi,’’ katanya ketika ditemui pemberita di sebuah masjid di Sungai Pelek.

Beliau berkata, dirinya dan bekas isteri, masing-masing sudah berkahwin lain tetapi masih menjadi kawan baik dan sering berhubung di antara satu sama lain.

Menurutnya, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan meminta tiada pihak yang cuba mengaitkan kes mereka dengan kes Indira Ghandi.

“Malahan, Deepa juga sudah menjadi kawan baik kepada isteri saya, Sasibegam Abdullah, dan mereka sering berhubung di antara satu sama lain melalui WhatsApp,’’ katanya.

Beliau berkata, walaupun mereka sudah tidak lagi bergelar suami isteri, kedua-dua anaknya Nurul Nabila, 12 dan Nabil, 10, tetap mendapat kasih sayang daripada mereka.

“Apa pun, saya dan Deepa tetap ibu dan ayah kepada mereka,’’ katanya.

Difahamkan, ibu kepada Deepa, Siti Aishah Abdullah, juga sudah memeluk Islam dan begitu juga beberapa adik-beradiknya yang lain.

Dalam laporan The Star itu, mereka juga cuba menghubungi bekas peguam yang mengendali kes berkenaan, R. Jayamalar.

Namun laporan itu menyebut, R. Jayamalar memberitahu Deepa tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan sekarang dan tidak menimbangkan usaha untuk membawa kesnya ke mahkamah semula.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *