Home » Citra Yadim » Jangan sisih kami…

Jangan sisih kami…

KUANTAN – “Kami juga mahu solat, kami juga mahu berpuasa dan mengaji… Jangan sisih kami’. Alhamdulillah, menerusi program mendekati golongan rentan di sini anjuran pihak seperti YADIM dan rakan rakannya sebenarnya sudah membuahkan hasil,”.

Itu antara yang diluahkan dalam sesi dialog bersama golongan rentan di sini anjuran YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa Bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti, Majlis Amal Islami Malaysia, Persatuan INSAF dan lain lain lagi.

Menurut mereka, hasil usaha pihak bertanggungjawab seperti YADIM, bilangan golongan rentan di jalanan di bandaraya ini semakin berkurangan kerana ramai yang sudah berhijrah.

Ujar mereka lagi, kelas kelas pengajian dan pemulihan yang dianjurkan juga semakin mendapat sambutan daripada golongan berkenaan.

“Mohon agar usaha mendekati mereka ini jangan berhenti, sebaiknya digerakkan dengan lebih giat. Mereka perlu dibantu dengan lebih baik, terutamanya dari sudut kewangan kerana stigma masyarakat menyebabkan mereka sukar mencari pekerjaan,” kata seorang wakil dalam sesi dialog.

Hadir ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa Bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Penasihat Persatuan INSAF Pahang, Profesor Samsul Deraman, Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Rohaizah Jawahir, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok dan lain lain sukarelawan.

Selain sesi dialog, para peserta juga berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu bersama dalam program ini. Lebih 30 peserta yang hadir menerima sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan dan menyantuni mereka.

Tuan Kamarul Arief dalam ucapannya berkata, YADIM akan kekal konsisten menyantuni komuniti ini dan sebarang program yang dijalankan pasti bukan bersifat one off.

Sebelum ini, YADIM juga turun oadang bertemu golongan ini di sini dalam satu majlis menyantuni mereka pada 24 November.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *