Home » Langit Terbuka » Jawatankuasa proses digitalisasi pentadbiran Islam diumum akhir tahun

Jawatankuasa proses digitalisasi pentadbiran Islam diumum akhir tahun

Tabung Haji hanya mengendalikan 30,200 jemaah serta visa haji yang diperoleh secara rasmi mengikut jumlah kuota yang diberi kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia. - Foto Malay Mail

PUTRAJAYA – Penubuhan satu jawatankuasa khas akan diumumkan sebelum akhir tahun ini bagi memulakan proses pendigitalisasi pentadbiran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pakar yang relevan dalam hal berkaitan digitalisasi sebelum nama mereka yang menganggotai jawatankuasa itu diumumkan.

Katanya bagi tujuan itu pihaknya sedang berhubung dengan beberapa entiti seperti Telekom Malaysia, PayHalal dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) yang mempunyai kemahiran mengenai konsep berkenaan.

Beliau berkata proses pendigitalan itu melibatkan semua agensi yang menguruskan hal berkaitan agama Islam dibawah kendaliannya termasuk haji dan zakat.

“Kita harap proses digitalisasi itu boleh bermula sepenuhnya awal tahun depan dengan langkah pertama iaitu pembudayaan teknologi kepada pihak yang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Halal Fiesta Malaysia (Halfest Jakim) di sini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *