Home » Langit Terbuka » Jawi buka puasa dengan pemimpin Buddha, Hindu dan Kristian

Jawi buka puasa dengan pemimpin Buddha, Hindu dan Kristian

Majlis berbuka puasa itu dianjurkan bersama JAWI dan Global Unity Network. - Foto FMT

KUALA LUMPUR – Sentiasa berkasih sayang, sentiasa mengambil tahu, sentiasa memahami, sentiasa berkongsi, sentiasa memberi dan sentiasa memaafkan – ini adalah jalan untuk memastikan keharmonian agama di Malaysia, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail.

Beliau berucap selepas penganjuran majlis berbuka puasa dengan pemimpin agama Kristian, Buddha dan Hindu di Masjid Wilayah Persekutuan semalam.

“Apabila semua anggota masyarakat memahami apa 6 unsur ini, maka kehidupan kita akan lebih harmoni dan negara kita akan lebih baik daripada sudut kemajuan dan perkembangan masyarakat,” katanya kepada FMT selepas majlis tersebut.

Majlis itu adalah salah satu daripada majlis iftar antara agama yang dianjurkan bersama Global Unity Network, sebuah kumpulan yang diketuai aktivis Islam Shah Kirit Kakulal Govindji, yang juga penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan pada 2012.

Sesi dialog antara agama juga diadakan.

Antara yang hadir menyertai umat Islam dalam majlis iftar itu ialah ketua sami tertinggi Buddha K Sri Dhammaratana, Jason Leong daripada Gerakan Kristian untuk Perdamaian dan Harmoni di Malaysia (CPHM) dan Bala Tharma daripada Organisasi bagi Pengetahuan Agama Hindu untuk Sains, Warisan dan Seni Malaysia. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *