Home » Langit Terbuka » Jemaah mula menyesuaikan diri di Madinah

Jemaah mula menyesuaikan diri di Madinah

Ketika ini, 1,910 jemaah Malaysia sudah tiba di Madinah menerusi empat penerbangan.

 

MADINAH – Jemaah Malaysia yang sudah berada di Madinah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan cuaca panas di Madinah.

Sebaik sahaja tiba, mereka berehat selepas menempuh perjalanan yang panjang kira-kira lapan jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Selepas itu kelibat jemaah haji Malaysia mula kelihatan di Masjid Nabawi bersolat fardu lima waktu serta solat sunat yang lain.

Setakat semalam seramai 1,910 jemaah Malaysia sudah tiba di Madinah menerusi empat penerbangan.

Hari ini, dua lagi penerbangan membawa 983 jemaah akan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam dan 5.45 pagi.

Tabung Haji telah menyediakan program ziarah untuk jemaah meliputi ziarah dalam dan ziarah luar Madinah.

Ziarah dalam meliputi persekitaran Masjid Nabawi termasuk ziarah makam Rasulullah serta solat sunat di Raudah iaitu kawasan antara mimbar dan rumah Nabi Muhammad SAW.

Ziarah luar pula meliputi tempat bersejarah seperti Bukit Uhud, Masjid Quba dan Masjid Qiblatain – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *