Home » Langit Terbuka » Jemaah umrah diberi layanan terbaik sepanjang Ramadan

Jemaah umrah diberi layanan terbaik sepanjang Ramadan

MEKAH 24 Mei – Arab Saudi memberi jaminan mereka akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah ketika menjalankan ibadah umrah dan pelawat ke Masjidil Haram kelak.

Lapor portal Arab News, jaminan itu disuarakan oleh Gabenor Mekah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat, Putera Khaled Al-Faisal ketika menghadiri mesyuarat bersama Naib Gabenornya, Putera Bandar Abdullah bagi membincangkan persediaan kerajaan sempena bulan Ramadan bakal menjelang.

Selain itu, Kementerian Haji turut membentangkan perancangan operasinya pada bulan Ramadan, termasuk pembangunan sistem automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan Pelabuhan Jeddah bertujuan merekodkan segala kelemahan yang ber­laku serta melaporkan kepada syarikat umrah.

Projek itu juga akan menubuhkan pemantauan secara atas talian yang dihubungkan dengan rangkaian kawalan di Mekah dan Madinah.

Di samping itu, persediaan ketika bulan Ramadan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi merangkumi mengawal selia imam, bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan, menyusun aturan keluar masuk jemaah serta memastikan salinan dan terjemahan al-Quran disediakan.

Pihak pengurusan juga me­mas­tikan kebersihan, penyelenggaraan dan kemudahan, menyediakan air zamzam, menjalankan pengawasan, menjaga pin­tu masjid serta menjamin kende­raan pelbagai guna bagi mereka yang mempunyai keperluan khas secara percuma.

Perbandaran Mekah akan menyelia operasi dan mengekalkan infrastruktur seperti jalan, terowong, rangkaian lampu, tempat letak kereta, tandas awam, taman awam serta kawasan hijau.

Pelan ini juga termasuk menambah bilangan pekerja pembersihan dan kebersihan, melanjutkan waktu kerja mereka selain menyediakan pasukan sokongan tambahan untuk buruh serta peralatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.- https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *