Home » Langit Terbuka » Jemaah Menteri tolak cadangan lantik menteri agama bukan Islam

Jemaah Menteri tolak cadangan lantik menteri agama bukan Islam

Jemaah Menteri, jelas Perdana Menteri tidak setuju portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan. - Foto Kredit Media Mulia

PUCHONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecah kepada dua.

 

Perdana Menteri berkata, ketika ini memadai dengan menteri dan jawatankuasa sedia ada yang menguruskan hal ehwal Islam serta agama lain.

 

Beliau juga berkata, Jemaah Menteri juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam isu ini.

 

“Kenyataan itu suara peribadi tidak dipersetujui oleh mana-mana dalam kerajaan apa lagi dalam Jemaah Menteri.

 

“Soal pelantikan ini seperti yang kita tahu budi bicara Perdana Menteri dan itu tidak termasuk dalam perkiraan.

 

“(Sekarang sudah) Ada menteri agama, ada menteri perpaduan dan ada jawatankuasa harmoni yang mewakili semua kaum, semua agama. Saluran itu memadai,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam di sini, pada 14 Februari.

 

 

Artikel Berkaitan

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *