Home » Wacana » Jenis-jenis asabiyah

Jenis-jenis asabiyah

Ibn Khaldun mengklasifikasi asabiyah kepada dua asabiyah yang bersifat positif dan negatif iaitu asabiyah Islamiah  atau asabiyah jahiliyah. (gambar hiasan)

Istilah “asabiyah” dalam Islam mempunyai konotasi buruk kerana mengandungi unsur ekstremis atau sikap patriotik yang keterlaluan terhadap suku atau golongannya yang merupakan salah satu ciri kehidupan jahiliyah (asabiyah jahiliyah).

Walau bagaimanapun, Ibn Khaldun mengklasifikasi asabiyah kepada dua asabiyah yang bersifat positif dan negatif iaitu asabiyah Islamiah  atau asabiyah jahiliyah.

Asabiyah Islamiah ialah semangat permuafakatan dan persefahaman yang terbentuk dalam struktur sosial masyarakat hingga membudaya sikap tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain.

Asabiyah jahiliyah ialah sikap yang membuta tuli dalam membela kaumnya secara bermati-matian hingga menggadaikan nyawa sendiri tanpa dapat membezakan perkara yang haq dan batil. Membuta tuli dengan mendiskriminasikan hak kaum yang lain dan memerangi kaum lain kerana tamak terhadap kuasa dan harta benda.

Perbezaan Asabiyah Islamiah Dan Asabiyah Jahiliyah

  1. Menurut Ibn Khaldun, Asabiyah Islamiah (perpaduan sosial atau kesetiakawanan) amat penting untuk menciptakan perpaduan dan etika sosial yang mengikat hubungan manusia dalam sesuatu bangsa atau umat itu menjadi kuat.
  2. Dalam hubungan dengan agama, asabiyah Islamiah amat penting sehingga Ibn Khaldun menyatakan bahawa “tanpa asabiyah, syariat-syariat agama tidak akan berjaya dan berkesan dalam hidup manusia (la batalat)”.
  3. Bentuk asabiyah yang terpuji (Islamiah) didokong oleh hadis yang dinukilnya dalam al-Muqaddimah yang bermaksud: “Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan ia berada dalam lindungan kekuatan bangsanya(illah fi manati qaumihi).
  4. Bangsa yang terbelenggu dengan asabiah jahiliyah sering kali terbudaya dengan nilai sombong, tidak rasional sehingga menolak nilai-nilai kebenaran dan keadilan semata-mata atas dorongan sentimen dan kepentingan kelompok.
  5. Asabiyah yang ditentang oleh syarak dan Nabi Muhammad SAW ialah asabiyah yang berlaku dalam hubungan dengan penindasan dan perbuatan zalim, bukannya zat asabiyah itu sendiri, sebagaimana juga keadaan manusia dengan sifat marah. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *