Home » Langit Terbuka » Jokowi Sambut Ketibaan Tun Mahathir

Jokowi Sambut Ketibaan Tun Mahathir

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma jam 6.05 petang semalam waktu tempatan

JAKARTA – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini, petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Ketibaan Perdana Menteri yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma jam 6.05 petang waktu tempatan, disambut sendiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dan isteri, Iriana Widodo.

Turut menyambutnya, Menteri Pengiring, Wiranto yang juga Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Zamshari Shaharan dan pegawai kedutaan.

Terdahulu, Zamshari dalam sidang medianya kepada wartawan Malaysia berkata, lawatan Dr Mahathir ke Indonesia ditunggu-tunggu memandangkan perdana menteri adalah pemimpin paling kanan yang memainkan peranan penting di rantau ini.

“Lawatan ini amat ditunggu-tunggu oleh pihak Indonesia kerana status perdana menteri sebagai sebagai pemimpin paling kanan dalam kalangan pemimpin Asean,” katanya.

Ia adalah lawatan rasmi sulung Dr Mahathir ke negara pertama di Asia Tenggara selepas memegang jawatan Perdana Menteri kali kedua pada 10 Mei lalu.

Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan Jokowi di Istana Presiden di Bogor, Jawa Barat pagi ini. – BERITA HARIAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *