Home » Langit Terbuka » Kabinet Lulus LRT3 Dengan Kos RM16.63 Bilion

Kabinet Lulus LRT3 Dengan Kos RM16.63 Bilion

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos terbaharu itu sekali gus menjimatkan sejumlah RM15.02 bilion.

PUTRAJAYA – Kabinet meluluskan pembinaan landasan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion iaitu berkurang sebanyak 47 peratus berbanding kos asal bernilai RM31.65 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos terbaharu itu sekali gus menjimatkan sejumlah RM15.02 bilion.

“Kos keseluruhan ini bagaimanapun tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), kos pengambilan tanah, kos pengurusan projek, fi perundingan, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan kos-kos lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Kementerian Kewangan mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menyemak semula kos projek LRT3 kerana disifatkan sebagai kos yang tinggi. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/kabinet-lulus-lrt3-dengan-kos-rm16-63-bilion-1.707613#ixzz5L0zVaT71

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *