Home » Citra Yadim » Karnival Hijrah berkampung di Johor

Karnival Hijrah berkampung di Johor

JOHOR BAHRU, 3 Disember – Karnival Hijrah Negeri Johor sempena Program Dakwah Negara 2014, kini berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru dari 3 hingga 5 Disember 2014 bersamaan 10 hingga 13 Safar 1436H.

Program pertama yang telah berlangsung adalah Wacana Pemantapan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang diadakan di Dewan Mawar, Yayasan Warisan Johor. Seramai 2 orang pembentang telah dijemput untuk menyampaikan kertas kerja yang memperincikan tentang persoalan mengenai Ahli Sunnah wal Jamaah.  Pembentang pertama adalah Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang telah menyampaikan kertas kerja yang bertajuk ‘Manhaj  Ahli Sunnah wal Jamaah’. Manakala Dr. Abdul Rahman Mahmood, Pengarah Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia menyampaikan kertas kerja yang bertajuk ‘Ancaman dan Penentangan Terhadap Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah’.

Satu forum khas turut diadakan dengan menampilkan Dr. Mohammad Nizam bin Abdul Kadir dan Dr Yusri bin Mohammad, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sebagai ahli panel. Mereka telah mengupas tentang ‘Cabaran Semasa Terhadap Akidah Ummah’.

Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Nooh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *