Home » Langit Terbuka » KDN teliti latar belakang pendakwah asing sebelum dibenar berceramah

KDN teliti latar belakang pendakwah asing sebelum dibenar berceramah

Kerajaan melakukan pemantauan terhadap semua pendakwah asing di negara ini, baik untuk Islam mahupun untuk bukan Islam. - Foto Nusantaranews.com

KUALA LUMPUR – Semua pendakwah luar yang datang ke negara ini untuk mengadakan ceramah keagamaan akan diteliti dan diperiksa latar belakang mereka terlebih dahulu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihak kementerian turut melakukan proses semakan dengan badan keagamaan berkaitan yang terdapat dalam negara bagi memastikan kumpulan pendakwah tersebut bebas daripada fahaman songsang.

“Sesiapa sahaja yang datang ke sini, walau apa bentuk ceramah sekalipun, kita pantau. Pendakwah dalam kalangan Islam, ada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri yang boleh berkuasa dan kalau mereka (pendakwah) tiada tauliah, tidak akan dibenarkan. Kalau pendakwah bukan Islam pun kita pantau juga,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas prosedur operasi standard (SOP) kemasukan paderi, pastor dan sami bagi kuil Hindu dan Granthi dari Gudhwara, Muhyiddin berkata Jabatan Imigresen mengeluarkan Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi kategori mubaligh kepada warganegara asing untuk tempoh 12 bulan dan boleh dilanjutkan sehingga tempoh maksimum 36 bulan. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *