Home » Langit Terbuka » Keadaan Ustaz Wadi Anuar makin baik

Keadaan Ustaz Wadi Anuar makin baik

SHAH ALAM 14 Jan.  – Keadaan guru agama Ustaz Wadi Anuar Ayub, kini dilaporkan semakin baik.

Memetik perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, Wadi kini menunjukan perubahan yang positif.

“Keadaan percakapannya juga semakin baik. Tiada lagi kebocoran cecair daripada otaknya. Telah discan tulang intervrata (tulang tengkuk hingga ke bawah), dia juga tidak demam.

“Beliau dihadkan pergerakannya. Perancangan seterusnya ialah melengkapkan lagi 5/7 antibiotiknya, teruskan berdoa, mohon kerjasama pelawat, kerana mereka tidak dibenarkan melawat buat masa ini,” kongsinya yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan empat guru agama termasuk Wadi apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal Januari lalu .

Dalam kejadian jam 7 petang itu, kesemua mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.

Selain Wadi , turut menaiki kenderaan itu bersama tiga individu lain iaitu Ustaz Murtadzha Yusof, Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadzha sendiri.

Rentetan kejadian itu, keempat-empat mangsa  telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping.

Terbaharu, semalam salah seorang daripada guru agama itu, iatu, Ustaz Murtadha Yusoff, 30, dilaporkan telah meninggal dunia.

Allahyarham, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Penghulu Him, di sini, kira-kira jam 7 petang semalam.

Lebih 500 hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang meninggal dunia akibat komplikasi pada paru-paru di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping jam 12.30 tengahari selepas bertarung nyawa akibat terlibat dalam nahas jalan raya, 3 Januari lalu. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *