Home » Citra Yadim » Kembara Dakwah masyarakat orang Asli Pos Balar

Kembara Dakwah masyarakat orang Asli Pos Balar

GUA MUSANG – Hidup di pendalaman jauh dari kota dan kemudahan awam sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk masyarakat orang Asli Pos Balar.
Jalan yang menghubungkan bandar terdekat, Gua Musang kadang kala mengambil masa sehingga lapan jam untuk dilalui seandainya hujan turun membasahi bumi.
Selama dua hari pada 26 dan 27 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Akademi Dakwah Anak Muda (ADAM), Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan, Jabatan Amal Malaysia Kelantan dan Sukarelawan YADIM menyantuni mereka yang memerlukan dengan menyampaikan sedikit sentuhan dakwah.
Perjalanan bermula dari pejabat YADIM Kelantan pada jam 7 pagi dan tiba di perkampungan orang asli Pos Balar pada jam 7 malam.
Perjalanan ini memakan masa yang panjang kerana terpaksa melalui laluan balak yang curam dan berlumpur. Beberapa kenderaan pacuan empat roda terpaksa ditunda kerana tersangkut akibat jalan berlumpur dan hujan yang turun.
Sembahyang berjemaah, kuliah subuh, ziarah ke rumah, membina Pusat Asuhan Komuniti Pos Balar, agihan barangan keperluan harian kepada ketua isi rumah, perlawanan bola sepak dan takraw dan gotong royong memasak antara aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi mengeratkan hubungan disamping berdakwah kepada masyarakat orang Asli.
YADIM Kelantan diwakili oleh Pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang.Turut hadir Pengerusi ADAM Ustaz Mohd Hushaimi Hussian dan Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Dato Muhammad Zahari Othman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *