Home » Langit Terbuka » Kerajaan akan siasat gerakan ateis dalam kalangan orang Islam

Kerajaan akan siasat gerakan ateis dalam kalangan orang Islam

KUANTAN, 7 Ogos – Kerajaan akan menyiasat dakwaan kewujudan Kelab Ateis Republic Kuala Lumpur yang dianggotai orang Islam seperti yang diviralkan di media sosial.

Bercakap perkara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kewujudan kelab itu amat membimbangkan kerana ia membabitkan usaha memesongkan akidah umat Islam dan boleh menggugat kestabilan.

Katanya, kerajaan mempunyai undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah di peringkat negeri-negeri dan Pusat bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Kalau ia menggugat soal akidah umat Islam, kuasa menguatkuasakan sudah ada di bawah enakmen jenayah syariah di peringkat negeri masing-masing manakala di peringkat Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kerajaan akan memantau dakwaan ini kerana ia satu perkara serius dan membabitkan akidah seseorang umat Islam itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian mengulas kebimbangan orang Islam mengenai kewujudan ‘Kelab Ateis Republic Kuala Lumpur’ termasuk di kalangan orang Islam yang secara terang-terangan menyertai perjumpaan kumpulan itu.

Ateis adalah individu yang menyatakan diri mereka tidak bertuhan dan mengamalkan kehidupan bebas tanpa batasan.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi berkata, dalam kes ini kerajaan akan cuba mengadakan sesi penerangan dan pendidikan bagi mengembalikan semula akidah umat Islam yang terpesong dengan ateis.

“Bagaimanapun ia dilakukan sejak dulu lagi, di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi kita ada guru mengajar mata pelajaran agama yang menjadi komponen terpenting dalam pengukuhan akidah,” katanya. – www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *